Analisis Prinsip Al-Darurah Dalam Pinjaman Berasaskan Riba Bagi Tujuan Pemilikan Rumah Dalam Kalangan Minoriti Muslim
Journal: AZKA International Journal Of Zakat & Social Finance (Vol.1, No. 1)Publication Date: 2020-09-14
Authors : Muhammad Safwan Harun; Luqman Haji Abdullah; Abdul Karim Ali;
Page : 149-163
Keywords : darurat; minoriti muslim; perumahan; pinjaman; riba;
Abstract
Minoriti muslim merupakan satu kelompok masyarakat muslim yang hidup dalam sesebuah negara bukan Islam. Realiti ini telah menimbulkan beberapa bentuk kesempitan hidup dalam masyarakat ini yang perlu ditangani dengan baik. Antaranya, isu pemilikan rumah yang merupakan salah satu keperluan asas mereka. Namun begitu, institusi kewangan Islam di negara Barat adalah terhad bagi membenarkan pembelian rumah dibuat selari dengan syarak. Hal ini menyebabkan masyarakat minoriti muslim melakukan pinjaman perumahan Barat yang mengandungi riba perbankan. Menariknya, transaksi tersebut diharuskan melalui fatwa dari Majlis Penyelidikan Fatwa Eropah dengan alasan situasi yang dihadapi oleh komuniti tersebut adalah darurat. Sedangkan, majoriti ulama mengharamkan sebarang bentuk transaksi berasaskan riba. Persoalannya, adakah terdapatnya pertimbangan prinsip darurat yang berbeza sehingga menimbulkan dua fatwa yang bertentangan dalam isu ini? Justeru itu, kajian dijalankan bagi menilai prinsip darurat yang menjadi asas fatwa yang membenarkan pinjaman riba bagi pembelian rumah. Kajian kualitatif ini dijalankan menggunakan metodologi campuran iaitu pengumpulan data perpustakaan dan analisis data. Kajian merumuskan bahawa, darurat merupakan situasi kritikal yang membenarkan beberapa tasarrufat yang asalnya dilarang dalam keadaan biasa. Namun begitu, terdapat alasan-alasan yang dijadikan asas fatwa pembelian rumah perlu dinilai kembali melalui prinsip darurat yang telah ditetapkan secara sistematik oleh sarjana Islam.
Other Latest Articles
- Strengthening Macroeconomics Through Of Zakah As Social Business Finance
- Bantuan Zakat Kepada Asnaf Pelajar Menerusi Aplikasi E-Wallet (Kiplepay): Analisis Di Universiti Utara Malaysia
- Zakat As Means Of Social Welfare: Exploring A Recent Fatwa From The Moroccan ‘Ulama’ On The Permissibility Of Paying Zakat In Advance To Help The Poor Of The Covid-19
- Cadangan Kerangka Kerja Konseptual Program Memperkasakan Ekonomi Asnaf: Pembangunan ‘Model Kemenjadian Milenia Asnaf (MKMA)’
- The Effectiveness Of Micro-Credit (Hijrah) Selangor in Widening The Middle-Income Earners
Last modified: 2020-12-23 12:40:36