ResearchBib Share Your Research, Maximize Your Social Impacts
Sign for Notice Everyday Sign up >> Login

Analisis Pemberhentian Hukum Hudud Kerana Pemeliharaan Maqasid Al-Shari’ah

Journal: AZKA International Journal Of Zakat & Social Finance (Vol.1, No. 2)

Publication Date:

Authors : ; ;

Page : 45-70

Keywords : Hukum; Wasilah; Maqasid; Hudud; Maslahah; Mafsadah.;

Source : Downloadexternal Find it from : Google Scholarexternal

Abstract

Seringkali dilihat maqasid itu mengawal keabsahan hukum taklīfī dari sudut pelaksanaannya, sehinggakan maqasid itu berkuasa menghentikan atau meneruskan pengamalan sesuatu hukum. Dari sudut yang lain, hukum-hukum itu pula dilihat sebagai wasilah kepada maqasid, maka kebenaran dan kewujudan maqasid adalah bergantung kepada pelaksanaan hukum. Dengan merujuk kepada pelaksanaan hukum hudud, maqasid yang mahu dicapai adalah pemeliharaan lima unsur utama (darūriyāt khamsah) serta penjagaan keamanan umum yang terkandung di dalam maksud jalb al-maşlahah. Tujuan utama kajian ini adalah menjelaskan hubungkait antara hukum dan maqasid, dalam konteks hubungan antara jalan (wasīlah) dan tujuan (maqşad), dan antara unsur kecil (juzʾī) dan unsur besar (kullī), dan kesannya dalam pelaksanaan hukum secara umum dan hudud secara khusus. Kajian ini bersandarkan dua kaedah utama, iaitu kaedah pengumpulan data secara induktif dan kaedah penganalisian data secara deduktif. Kepentingan kajian ini adalah terserlah pada pengenalpastian ciri hubungkait antara hukum dan maqasidnya, dan antara maqasid dan hukumnya, dari sudut pengukuran kesan ketidakcapaian maqasid terhadap pelaksanaan hukum, dan pengukuran kesan pemberhentian hukum terhadap pemeliharaan maqasid. Hasil kajian ini mendapati antaranya ialah; pemberhentian sesuatu hukum tidak hanya dilihat dari sudut pemeliharaan maqasidnya sahaja akan tetapi, diambil kira juga sudut-sudut yang lain seperti perubahan faktor pada hukum yang membawanya kepada maqasid yang berbeza, selain itu ketidakcapaian maqasid adalah berpunca dari kegagalan pelaksanaan hukum yang sebenarnya, justeru ia tidak membawa kepada pemberhentian hukum akan tetapi penambahbaikan pelaksanaan hukum tersebut. Hukum hudud dan pelaksanaannya mesti dilihat dari sudut hubungannya dengan maqasid melalui cara ini, kerana pemberhentian hukum sebenarnya mengakibatkan pembatalan maqasid.

Last modified: 2021-02-04 18:00:21