ResearchBib Share Your Research, Maximize Your Social Impacts
Sign for Notice Everyday Sign up >> Login

Kesejahteraan Keluarga Menurut Maqasid Syariah Dalam Konteks Masyarakat Majmuk Di Sarawak: Satu Tinjauan Awal

Journal: AZKA International Journal Of Zakat & Social Finance (Vol.1, No. 2)

Publication Date:

Authors : ; ; ;

Page : 163-185

Keywords : Kesejahteraan Keluarga; Maqasid Syariah; Masyarakat Majmuk.;

Source : Downloadexternal Find it from : Google Scholarexternal

Abstract

Islam merupakan sebuah agama yang memberikan perhatian serius terhadap aspek kesejahteraan keluarga. Hal ini boleh dibuktikan menerusi prinsip yang menjadi tumpuan dalam maqasid syariah iaitu menjaga agama, nyawa, keturunan, akal dan harta. Prinsip-prinsip ini banyak dibahaskan dalam merangka dasar-dasar kesejahteraan keluarga. Justeru artikel ini menganalisis terhadap aspek kesejahteraan keluarga menurut maqasid syariah dalam masyarakat majmuk di Sarawak. Artikel yang bersifat kajian kualitatif ini mengupas pandangan para ilmuan Islam secara terperinci dengan menggunakan metod analisis kandungan, induktif, deduktif serta komparatif. Artikel ini mendapati bahawa pembinaan dasar kesejahteraan keluarga berteraskan lima prinsip maqasid syariah dalam konteks masyarakat majmuk di Sarawak boleh dirumuskan menerusi sembilan belas elemen utama. Teras prinsip pertama (menjaga agama) merumuskan elemen akidah, keimanan, memupuk keharmonian, saling hormat menghormati dan amar makruf nahi mungkar. Teras prinsip kedua (menjaga nyawa) merumuskan elemen pencegahan kezaliman sama ada kepada diri sendiri atau orang lain, kasih sayang dan bersyukur dengan anugerah kehidupan. Teras prinsip ketiga (menjaga akal) merumuskan elemen pencegahan daripada perkara yang memudaratkan akal, kelestarian akal dan hubungan dengan persekitaran. Teras prinsip keempat (menjaga keturunan) merumuskan elemen kewajipan perkahwinan, pendidikan, hubungan dengan manusia dan hubungan dengan Tuhan (ibadah). Teras prinsip kelima (menjaga harta) merumuskan elemen pengurusan kewangan yang merangkumi pendapatan dan perbelanjaan, kebajikan, kewajipan menunaikan zakat dan melakukan amal jariah seperti sedekah, derma dan wakaf. Dapatan daripada artikel ini secara langsung membuktikan bahawa Islam amat mementingkan kepada kesejahteraan manusia dalam masyarakat majmuk secara umumnya dan kesejahteraan keluarga secara khususnya untuk kehidupan di dunia serta akhirat.

Last modified: 2021-02-04 18:56:07