Strategi Komunikasi Efektif Pengguna Facebook Berpengaruh (Facebook Influencer) Dalam Membentuk Budaya Kedermawanan Di Malaysia
Journal: AZKA International Journal Of Zakat & Social Finance (Vol.2, No. 1)Publication Date: 2021-03-30
Authors : Muaz Mohd Noor; S. Salahudin Suyurno; Rawi Nordin; Mohd Zaid Mustafar; Muhammad Taufik Md Sharipp; Mohd Khairul Nizam Mohd Aziz;
Page : 1-16
Keywords : Komunikasi Efektif; Kedermawanan; Media Sosial (Medsos); Facebook; Social Media Influencer;
Abstract
Laman sosial Facebook merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang mempunyai peranan besar dan semakin mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari kalangan rakyat Malaysia. Dari kalangan pengguna Facebook, terdapat istilah khusus bagi pengguna yang dilihat mempunyai pengaruh yang ramai, iaitu ‘Social Influencer' (pengguna media sosial berpengaruh). Isitilah ini merujuk kepada seseorang yang mampu menggunakan media sosial untuk menjana perbincangan atau mempengaruhi pengikut-pengikut mereka. Biasanya mereka adalah orang yang berbakat, berpengetahuan, dan mempunyai pengalaman yang memberi inspirasi kepada orang-orang di sekeliling mereka sama ada keluarga, rakan-rakan atau dari kalangan pengikut (follower) mereka. Dari kalangan mereka pula, ada yang sangat terkehadapan dari sudut kebajikan sosial dengan menghulurkan bantuan dan sumbangan, sehingga memberi inspirasi kepada ramai orang. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji strategi komunikasi efektif para pengguna media sosial Facebook yang berpengaruh ini bagi membudayakan sikap kedermawanan (filantropi) di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif iaitu kaedah dokumentasi dan observasi, iaitu melakukan pengamatan langsung terhadap media sosial terpilih, iaitu Facebook. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan media sosial, khususnya Facebook dengan strategi komunikasi yang berkesan, sangat berperanan dalam membentuk budaya kedermawanan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Other Latest Articles
- Neglect of other health services during the corona crisis
- Synthesis, characteristics, and photocatalytic activity of zinc oxide nanoparticles stabilized on the stone surface for degradation of metronidazole from aqueous solution
- MGMT methylation alterations in brain cancer following organochlorine pesticides exposure
- Evaluation of antimicrobial activities of powdered cuttlebone against Klebsiella oxytoca, Staphylococcus aureus, and Aspergillus flavus
- Activity of acetylcholinesterase (AChE) in male albino rats exposed to metal welding fumes in an experimental setting
Last modified: 2021-03-16 18:02:39