Meningkatkan Peranan Wakaf Kesihatan Dalam Menghadapi Wabak Covid-19
Journal: AZKA International Journal Of Zakat & Social Finance (Vol.2, No. 1)Publication Date: 2021-03-30
Authors : Cecep Soleh Kurniawan; Mas Nooraini Binti Hj Mohiddin;
Page : 157-177
Keywords : Wakaf; Kesihatan; Wabak COVID-19.;
Abstract
Pada masa ini, seluruh umat manusia sedang menghadapi wabak COVID-19 yang telah merebak ke lebih dari 200 negara, menyebabkan lebih dari 28 juta orang terjangkit dan kematian lebih dari 900,000 orang di seluruh dunia. Wakaf jika diuruskan dengan betul dan profesional serta disokong oleh semua lapisan masyarakat, akan dapat memainkan peranan yang sangat penting dalam menjaga kesihatan umat, terutama dalam menghadapi wabak COVID-19. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis kandungan. Data dikumpulkan dari pelbagai rujukan seperti artikel dan buku yang berkaitan dengan wakaf dan kesihatan, dan kemudian dianalisis untuk menentukan sejauh mana peranan yang dapat dimainkan oleh wakaf kesihatan dalam menangani COVID-19. Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat potensi yang sangat tinggi untuk memaksimumkan peranan wakaf kesihatan dalam menghadapi wabak COVID-19 yang menular dengan begitu cepat ke seluruh dunia.
Other Latest Articles
- Developing A Modern Zakat Management Model Digital Technology 4.0 Version
- Issues And Challenges Of Zakat Institutions Achieving Maqasid Syariah In Malaysia
- Pengetahuan Dan Kesedaran Menunaikan Zakat: Tinjauan Awal Di Kalangan Suku Kaum Bajau-Sama Di Pantai Barat Sabah
- Factors Influencing Acceptance Of Home-based Accounting Services (HBAS) For Micro-entrepreneurs: UiTM Postgraduate Accounting Students Perspectives
- Zakat Funding Solution In Community-led Total Sanitation (CLTS) Approach For Clean Water And Proper Sanitation In Banten, Indonesia
Last modified: 2021-03-16 18:23:12