Impak Program Latihan “Myref Digital Entrepreneur” Untuk Kemandirian Komuniti Hijrah (LGBT)
Journal: AZKA International Journal Of Zakat & Social Finance (Vol.3, No. 3)Publication Date: 2022-12-31
Authors : Nurul Suhada Ismail; Farah Farhana Johari; Nur Aina Makhtarudin;
Page : 1-17
Keywords : Program Latihan Keusahawanan; LGBT; Ekonomi Islam; Asnaf al-riqab; Entrepreneurship Training Program; Islamic Economics;
Abstract
Isu berkaitan lesbian, gay, biseksual, transeksual (LGBT) sentiasa mendapat perhatian berikutan gaya hidup yang bertentangan dengan norma dan budaya, serta dilarang di sisi Islam. Dalam perkembangan ini, tidak dinafikan terdapat sebilangan komuniti LGBT telah berhijrah dan kembali kepada fitrah. Namun, perkara yang menjadi kebimbangan adalah risiko untuk komuniti ini kembali kepada kehidupan lampau. Ditambah pula krisis kesihatan COVID-19 yang turut menjejaskan sektor perniagaan yang dijalankan oleh komuniti hijrah LGBT meskipun menjelang fasa endemik. Bagi menyokong penghijrahan dan meningkatkan punca pendapatan, komuniti ini dapat dibantu dengan program latihan dan pembangunan keusahawanan secara berstruktur. Persoalannya, sejauh manakah keberkesanan program ini dalam membantu mengekalkan kemandirian komuniti hijrah LGBT? Bagi menjawab persoalan tersebut, maka kertas kerja ini meneliti impak jangka panjang program latihan dan pembangunan keusahawanan dalam kalangan komuniti hijrah LGBT dari aspek ekonomi dan kemandirian hidup. Penelitian ini melibatkan 76 orang peserta komuniti hijrah LGBT beragama Islam yang terlibat secara langsung dalam program latihan keusahawanan. Secara umumnya, kertas kerja ini melibatkan kaedah kajian tindakan. Selain itu, kaedah analisis kandungan dilakukan ke atas data primer dan sekunder. Hasil penelitian mendapati bahawa program latihan ini dilihat mampu menonjolkan bakat dan kemahiran dalam diri komuniti hijrah dan menyelesaikan kemelut kewangan mereka sekali gus meningkatkan tahap ekonomi Islam.
Other Latest Articles
- Influence of fruits and vegetables waste pre-treatment on black soldier fly larval growth
- Changes in cardiac markers in a calf died of foot and mouth disease
- Investigation of antifungal activity mechanisms of alpha-pinene, eugenol, and limonene
- The Influence of blood, seminal plasma testosterone, growth hormone and cortisol levels on the sperm quality in merino rams
- Experimental intravaginal and intrauterine endometritis model: which model is more useful?
Last modified: 2023-01-03 17:33:43