Pulangan Sosial Atas Pelaburan: Kajian Impak Skim Agihan Zakat Bantuan Jayadiri Asnaf di Negeri Kedah
Journal: AZKA International Journal Of Zakat & Social Finance (Vol.4, No. 1)Publication Date: 2023-03-28
Authors : Hazeline Ayoup; Arifatul Husna; Noor Asma; Samihah Ismail; Md Shariff Md Isa;
Page : 39-56
Keywords : zakat; pulangan sosial atas pelaburan; usahawan asnaf; impak sosial;
Abstract
Zakat merupakan satu bentuk bantuan kepada penerima zakat untuk membantu mereka meneruskan kehidupan dan meningkatkan taraf hidup. Kajian ini dijalankan untuk menilai impak ekonomi dan sosial agihan zakat oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) kepada sekumpulan penerima melalui skim bantuan perniagaan yang dipanggil Bantuan Jayadiri. Kaedah penyelidikan kualitatif digunakan untuk mengumpul dan menganalisis data. Impak ekonomi dan sosial diukur menggunakan formula Pulangan Sosial atas Pelaburan (SROI). Kajian mendapati bahawa bantuan ini secara umumnya telah meningkatkan tahap pendapatan asnaf. Keputusan kajian menunjukkan bahawa pulangan sosial bagi skim ini kepada penerima zakat adalah sebanyak RM3.22 bagi setiap RM1 yang dilaburkan. Kadar pulangan ini adalah tinggi dan menunjukkan bahawa skim bantuan perniagaan ini telah mencapai matlamatnya, iaitu untuk meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan asnaf melalui bantuan perniagaan ini. Pada masa akan datang, dicadangkan bahawa sistem pemantauan dan pelan penambahbaikan tahap peringkat perniagaan penerima bantuan dapat dibangunkan untuk mengekalkan kelestarian program bantuan ini dalam jangka panjang. Kajian ini adalah salah satu kajian terawal yang menggunakan formula impak sosial yang melibatkan pelaburan oleh institusi zakat.
Other Latest Articles
- Konsep Kompetensi Keperibadian Amil Zakat
- Exploring Quality Dimensions of Zakat Institutions' Website
- The Role Of Generation Z Through Online Platform in Optimizing of Zakat Literacy and Fundraising
- An Assessment of The Effectiveness of Islamic Inter-Bank Money Market Instruments in Oman
- Battles for Methodology: Review of the Textbook «History, Philosophy and Methodology of Social and Humanitarian Sciences» of A.M. Orekhov
Last modified: 2023-04-01 12:37:48