ResearchBib Share Your Research, Maximize Your Social Impacts
Sign for Notice Everyday Sign up >> Login

Analisis Perbezaan Pengiraan Nisab dan Impak Terhadap Zakat Pendapatan

Journal: AZKA International Journal Of Zakat & Social Finance (Vol.4, No. 3)

Publication Date:

Authors : ; ;

Page : 105-119

Keywords : zakat; nisab; Kedermawanan; kalkulator zakat; taksiran zakat;

Source : Downloadexternal Find it from : Google Scholarexternal

Abstract

Zakat pendapatan merupakan salah satu kategori zakat yang diwajibkan oleh Islam sekiranya seseorang Muslim memenuhi syarat bagi mengeluarkan zakat. Fokus kajian ini dilakukan bagi menganalisis perbezaan jumlah bayaran zakat pendapatan berdasarkan nisab yang terdapat dalam pengiraan zakat pendapatan di Malaysia. Perbezaan set nisab dan ketidakseragaman boleh menyebabkan jumlah zakat pendapatan yang perlu dikeluarkan berbeza-beza dan berkemungkinan terdapat individu-individu yang mempunyai nilai pendapatan yang sama tetapi tidak dikenakan zakat pendapatan ke atasnya sedangkan di negeri lain bekemungkinan dia diwajibkan zakat. Bagi mencapai objektif kajian ini, maklumat tentang set nisab di setiap negeri dianalisis secara kualitatif untuk memahami corak pentaksiran masing-masing. Justeru, simulasi pengiraan zakat pendapatan telah dilakukan melalui kalkulator zakat yang terdapat dalam laman sesawang setiap majlis agama negeri. Simulasi dijalankan dengan mengandaikan pembayar mempunyai pendapatan kasar sekitar RM2,425 sebulan dan perbelanjaan yang sama. Andaian ini adalah kerana had pendapatan bagi individu dalam kategori B40 adalah sebanyak RM2,425 sebulan. Hasil kajian menunjukkan terdapat dua jenis pengiraan nisab dalam pengiraan zakat pendapatan tanpa mengira perbezaan garis kecukupan minima bagi keperluan asasi seseorang individu dan tanggungannya berdasarkan kos sara hidup semasa (dikenali sebagai Had Kifayah) yang dikenakan dalam pengiraan. Analisis simulasi menunjukkan bahawa Kedah, Pulau Pinang, Sarawak dan Johor menetapkan bahawa jumlah nisab dikira sebelum pemotongan had kifayah berbanding negeri-negeri lain, iaitu seseorang dikira mencukupi jumlah nisab selepas pemotongan had kifayah. Hal ini memberi kesan kepada perlaksanaan di lapangan kerana ada individu yang tidak perlu membayar zakat kerana tidak mencukupi syarat nisab. Ada individu di negeri lain yang perlu membayar zakat pendapatan walaupun mereka mempunyai pendapatan dan perbelanjaan yang sama.

Last modified: 2024-02-14 01:04:25