ResearchBib Share Your Research, Maximize Your Social Impacts
Sign for Notice Everyday Sign up >> Login

Fiqh Al-Awlawiyyat: Perubahan dan Corak Agihan di Lembaga Zakat Negeri Kedah

Journal: AZKA International Journal Of Zakat & Social Finance (Vol.5, No. 2)

Publication Date:

Authors : ; ; ; ;

Page : 27-50

Keywords : Fiqh al-Awlawiyyat; Zakat; Agihan; Keutamaan; Asnaf;

Source : Download Find it from : Google Scholarexternal

Abstract

Artikel ini membincangkan perubahan dan corak agihan zakat di Lembaga Zakat Negeri Kedah berdasarkan prinsip fiqh al-Awlawiyyat. Ianya bertujuan meneliti perubahan corak agihan zakat kepada golongan asnaf di Negeri Kedah serta mengkaji penekanan yang diberikan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dalam proses agihan zakat sepanjang tempoh lima tahun berdasarkan Fiqh al-Awlawiyyat. Perubahan zaman telah menyaksikan agihan zakat turut berubah. Ianya bukan sahaja mengubah cara kutipan malahan turut mengubah corak agihan zakat. Kajian ini meneliti apakah mekanisma yang diambil oleh LZNK dalam agihan zakat. Agihan zakat bukan sahaja bersifat sekadar memberi untuk keperluan jangka masa pendek tetapi motifnya untuk membebaskan asnaf zakat pada jangka masa panjang. Kajian ini melihat pendekatan yang diambil oleh LZNK dalam perubahan dalam agihan zakat selaras dengan konsep Fiqh al-Awlawiyyat yang merupakan satu prinsip penting dan perlu diberi perhatian serius dalam melaksanakan segala tugas ijtihad semasa sebagaimana dianjurkan oleh para ulama tajdid. Kajian ini juga melihat statistik agihan serta bentuk-bentuk skim yang disediakan oleh LZNK dianalisis secara deskriptif bagi melihat sejauhmana perubahan dan corak agihan dalam mengutamakan perkara yang diutamakan oleh syarak sama ada mengambikira tahap keupayaan individu serta mengutamakan keperluan atau manfaat bersama. Hasil kajian ini mendapati bahawa perubahan corak agihan zakat kepada lapan golongan asnaf di Negeri Kedah adalah berdasarkan konsep Fiqh al-Awlawiyyat. Antara cadangan utama kajian ini ialah LZNK haruslah mematuhi segala keutamaan yang telah ditetapkan oleh syarak.

Last modified: 2024-09-05 10:57:09