ResearchBib Share Your Research, Maximize Your Social Impacts
Sign for Notice Everyday Sign up >> Login

Peranan Reputasi dalam Meningkatkan Kepercayaan Pembayar Zakat: Kajian Empirikal

Journal: AZKA International Journal Of Zakat & Social Finance (Vol.6, No. 1)

Publication Date:

Authors : ;

Page : 61-89

Keywords : Reputasi; Kepercayaan; Zakat; Institusi Zakat; Media Sosial;

Source : Downloadexternal Find it from : Google Scholarexternal

Abstract

Kajian ini meneliti peranan reputasi dalam membina dan meningkatkan kepercayaan pembayar zakat terhadap institusi zakat. Dengan menggunakan pendekatan kuantitatif, kajian ini menganalisis data daripada 385 pembayar zakat melalui soal selidik berstruktur. Hasil analisis regresi menunjukkan bahawa reputasi memainkan peranan signifikan dalam meningkatkan kepercayaan pembayar zakat (B = 0.66, p < 0.01), menyokong Teori Kepercayaan dan Teori Reputasi. Dapatan ini selari dengan kajian terdahulu yang menunjukkan bahawa reputasi yang baik meningkatkan keyakinan terhadap institusi zakat, sementara ketidakjelasan dalam pengurusan dana boleh menghakis kepercayaan. Selain itu, kajian ini mengesahkan bahawa media sosial berperanan penting dalam membentuk reputasi dan persepsi masyarakat terhadap institusi zakat. Dari sudut implikasi praktikal, institusi zakat perlu memperkukuhkan ketelusan, komunikasi strategik dan penglibatan komuniti untuk mengekalkan reputasi yang positif dan memastikan kepercayaan berterusan daripada pembayar zakat. Implikasi kajian ini memberi panduan kepada institusi zakat untuk memperbaiki strategi pengurusan reputasi, sekaligus menyumbang kepada literatur akademik dalam bidang pengurusan zakat.

Last modified: 2025-03-20 17:25:25