ResearchBib Share Your Research, Maximize Your Social Impacts
Sign for Notice Everyday Sign up >> Login

Perspektif Kajian Kepimpinan and Keusahawanan Islam

Journal: Fikiran Masyarakat (Vol.2, No. 1)

Publication Date:

Authors : ;

Page : 28-32

Keywords : ;

Source : Downloadexternal Find it from : Google Scholarexternal

Abstract

Perbincangan didalam seminar ? seminar atau dakwah ? dakwah yang sedia ada telah memperkuatkan keyakinan kita bahawa pergerakan atau perjuangan dakwah Islam di serantau nusantara, baik dibidang pemikiran dan aqidah Islam mahupun pergerakan massa (mass mobilization), begitu juga dibidang ibadat serta dakwah secara umum ? kesemuanya ini memerlukan penyelidikan yang lebih bersungguh ? sungguh. Penyelidikan yang bersungguh ? sungguh tidak sahaja perlu untuk mengkaji strategi penggemblengan massa tetapi perlu mengkaji hala tuju massa atau umat itu hendak dikerahkan atau digemblengkan. Adakah umat Islam hendak digemblengkan kedalam urusan ? urusan iktisad ?, atau ibadat ? ataupula siasah ?, ataupula ketiga unsur ? unsur yang disebutkan dan unsur ? unsur lain yang relevan diberikan pertimbangan yang wajar dalam usaha menggemblengkan umat Islam. Adalah dipercayai bahawa jika penyelidikan dilakukan, maka dengan sendirinya akan membangkitkan kesedaran bahawa pergerakan atau perjuangan umat Islam sekarang tidak akan memadai dengan syarahan ? syarahan, seruan dakwah dan kecaman yang terlihat seperti melepaskan geram atau memenuhi naluri berpidato ini sahaja. Sebaliknya disamping pidato yang menggelorakan semangat, pergerakan Islam kini memerlukan cadangan perencanaan jangka pendek dan perencanaan jangka panjang. Seperti yang telah dicontohkan dalam jangka panjang tentang pengkajian usaha menyelaraskan dakwah kepimpinan dalam bidang pengkajian dan penyelidikan dalam tafsiran Al-Quran, serta pengkajian dan mewujudkan satu model sistem ekonomi Islam. Kita sedari juga betapa perlunya pergerakan kepimpinan dan keusahawanan Islam mengadakan penilaian kembali (re-evaluation) setiap kegiatan dari semasa ke semasa serta strategi ? strategi yang digunakan untuk mencapai matlamat yang diperjuangkan. Tidaklah memadai jika matlamat yang hendak dituju dengan ungkapan yang terlalu umum seperti “Menerapkan syariat Allah di bumi”. Serta yang paling penting ialah melakukan kritikan terhadap diri sendiri (self criticism) secara jujur dan ikhlas supaya dari semasa ke semasa kesilapan yang diperbuat dapat diinsafi dan dibetulkan manakala kualiti dan hasil amalan dapat diperbaiki pula.

Last modified: 2015-10-19 04:47:48