ResearchBib Share Your Research, Maximize Your Social Impacts
Sign for Notice Everyday Sign up >> Login

Pengaplikasian Model Awal Kit Asas Membaca Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Kanak-Kanak Pemulihan Khas

Journal: Sains Insani (Vol.2018, No. 3)

Publication Date:

Authors : ; ; ;

Page : 1-9

Keywords : early model; Basic Reading Kit; remedial education children; pilot test; learning outcomes;

Source : Downloadexternal Find it from : Google Scholarexternal

Abstract

Makalah ini membicarakan tentang pengaplikasian model awal Kit Asas Membaca dalam pembelajaran bahasa Melayu kanak-kanak pemulihan khas. Model awal yang dibina adalah berkaitan dengan pengecaman huruf dan pengetahuan grafik. Pembinaan model awal Kit Asas Membaca ini melibatkan empat tahap, iaitu penentuan, pembangunan, penggunaan, dan penyesuaian yang diaplikasikan melalui kajian rintis selama sebulan. Kajian ini juga menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif dalam pengumpulan data. Subjek yang dipilih merupakan lima orang pelajar darjah tiga yang mengikuti kelas pemulihan khas di Johor Bahru, Johor. Instrumen yang digunakan ialah ujian lisan dan bukan lisan. Dua jenis ujian dijalankan, iaitu sebelum dan selepas penggunaan model awal Kit Asas Membaca didedahkan kepada mereka. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapatnya peningkatan pencapaian sebanyak 3.17 % selepas pengajaran dan pembelajaran (P&P) menggunakan model awal Kit Asas Membaca apabila ketiga-tiga hasil pembelajaran (HP) dijumlahkan. Dapatan HP 1 menunjukkan wujudnya peningkatan sebanyak 1.54%, manakala HP 3 pula sebanyak 7.5% sebelum dan selepas P&P menggunakan model awal Kit Asas Membaca. Walau bagaimanapun, tiada peningkatan peratusan pencapaian bagi HP 2 sebelum dan selepas P&P menggunakan model awal Kit Asas Membaca. Dapatan ini menunjukkan bahawa terdapatnya keberkesanan pengaplikasian model awal Kit Asas Membaca sebelum dan selepas P&P membaca kepada kanak-kanak pemulihan khas.

Last modified: 2018-07-16 16:53:08