Pemerkasaan Potensi dan Taraf Ekonomi Melalui Agihan Zakat Bantuan Modal Perniagaan
Journal: AZKA International Journal Of Zakat & Social Finance (Vol.6, No. 1)Publication Date: 2025-03-14
Authors : Ainin Sofiya Mohamad Halim; Suraiya Ishak; Ahmad Raflis Che Omar; Zurinah Tahir; Hamdino Hamdan;
Page : 159-189
Keywords : zakat; asnaf entrepreneur; kemiskinan; Teori Modal Insan; SDG; usahawan asnaf;
Abstract
Zakat merupakan rukun Islam yang menjadi kewajipan individu Muslim yang memenuhi syarat tertentu. Kini agihan zakat telah diperluaskan dalam bentuk bantuan modal perniagaan bagi membina potensi asnaf yang memiliki keupayaan berusaha dan meningkatkan taraf ekonomi mereka secara mampan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menghurai bentuk nilai tambah program Usahawan Asnaf terhadap pemerkasaan potensi ekonomi serta mengukur tahap peningkatan taraf ekonomi usahawan asnaf terlibat berasaskan Teori Modal Insan. Pengumpulan data telah dilakukan melalui edaran soalselidik melibatkan 40 orang usahawan asnaf yang dipilih melalui teknik persampelan bukan kebarangkalian jenis teknik persampelan bertujuan. Data kajian dianalisis secara deskriptif melalui nilai kecenderungan terpusat iaitu min dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati nilai tambah program Usahawan Asnaf terhadap pemerkasaan potensi ekonomi usahawan anaf, berlaku dalam bentuk peningkatan kemahiran keusahawanan, ketersediaan sumber modal perniagaan dan peluang pemasaran produk. Tahap peningkatan taraf ekonomi usahawan asnaf menunjukkan tahap pencapaian yang tinggi. Dapatan ini membuktikan pelaksanaan agihan zakat berbentuk program keusahawanan asnaf dapat mengurangkan kemiskinan jangka masa panjang bagi kelompok asnaf yang memiliki kemampuan berniaga selari dengan Teori Modal Insan. Implikasinya, program keusahawanan asnaf wajar diperluaskan skopnya supaya sumber zakat turut membina potensi sosio-ekonomi asnaf dalam jangka masa panjang. Keaslian kajian ini terletak pada inisiatif mengkaji nilai tambah dan mengukur peningkatan taraf ekonomi daripada program secara empirikal.
Other Latest Articles
- Inherited disorders of hemostasis in the pathogenesis of obstetric pathology
- Nontuberculous mycobacterial pulmonary disease
- Dynamics of morphometric and optical parameters of rat lymphocytes under the influence of copper-zinc pyrite ore
- Autonomic functions testing
- Impact of yoga on cognitive functions among chronic obstructive pulmonary disease patients
Last modified: 2025-11-02 10:27:29
Share Your Research, Maximize Your Social Impacts


