ResearchBib Share Your Research, Maximize Your Social Impacts
Sign for Notice Everyday Sign up >> Login

Suatu Kajian Perbandingan: Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan Oleh Menteri-Menteri Dan Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat

Journal: Sains Insani (Vol.2018, No. 3)

Publication Date:

Authors : ; ;

Page : 10-17

Keywords : Dewan Rakyat; peraturan mesyuarat dewan; pertanyaan parlimen.;

Source : Downloadexternal Find it from : Google Scholarexternal

Abstract

Parlimen berperanan menyemak badan eksekutif dengan memastikan para Menteri bertanggungjawab kepada Parlimen di atas tindakan kementerian masing-masing. Kajian ini bertujuan menganalisis secara komprehensif salah satu mekanisme penyemakan tersebut di Dewan Rakyat iaitu Pertanyaan Parlimen yang terdiri daripada Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan oleh Menteri-Menteri (QMA) dan Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT). QMA telah dilaksanakan sejak Parlimen Pertama pada 1959 manakala MQT mula dilaksanakan pada Parlimen ke-13 pada tahun 2016. Pertanyaan Parlimen ini memainkan peranan yang signifikan di Dewan Rakyat di mana prosedur peraturan mesyuarat Dewan akan memastikan para Menteri menjawab pertanyaan yang diajukan oleh para Ahli dan ini seterusnya boleh memberi suatu hasil kajian yang bernilai kepada peranan semakan Dewan tersebut. Oleh itu, artikel ini akan membuat kajian perbandingan terhadap peruntukan QMA dan MQT dalam menyemak badan eksekutif dari aspek prosedur di Dewan Rakyat. Adalah boleh disimpulkan bahawa QMA dan MQT mempunyai perbezaan yang ketara dalam kebanyakan aspek kuasa semakan Dewan Rakyat. Pengenalan MQT telah meningkatkan lagi keberkesanan peranan semakan Dewan Rakyat walaupun peruntukan peraturan mesyuarat mengenai MQT adalah lebih ringkas berbanding QMA. Artikel ini juga menunjukkan bahawa pemahaman terhadap keputusan dan amalan Pengerusi boleh memberi penjelasan yang lanjut kepada peranan semakan oleh Dewan Rakyat. Akhir sekali, kajian ini mencadangkan langkah-langkah memastikan keberkesanan kuasa semakan Dewan Rakyat dalam Pertanyaan Parlimen tersebut.

Last modified: 2018-07-16 16:55:56