ResearchBib Share Your Research, Maximize Your Social Impacts
Sign for Notice Everyday Sign up >> Login

Penggunaan Wang Bantuan Zakat Dalam Kalangan Asnaf Fisabilillah Dan Asnaf Gharim Di Universiti Teknologi Malaysia

Journal: AZKA International Journal Of Zakat & Social Finance (Vol.1, No. 2)

Publication Date:

Authors : ; ; ; ;

Page : 187-209

Keywords : Asnaf Zakat; penggunaan wang bantuan zakat; zakat UTM.;

Source : Downloadexternal Find it from : Google Scholarexternal

Abstract

Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia merupakan salah satu rakan pungutan zakat kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor. Sebanyak 31.25% pulangan zakat diberikan kepada PIUTM untuk diagihkan kepada asnaf gharim, fisabilillah, fakir, miskin dan amil. Namun begitu, PIUTM menghadapi masalah untuk mengenalpasti penggunaan wang bantuan zakat yang disalurkan kepada pelajar untuk bantuan sara diri, bantuan kecemasan dan bantuan latihan industri. Justeru itu, kajian ini bertujuan mengenalpasti penggunaan wang bantuan zakat dalam kalangan asnaf. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif melalui tinjauan soal selidik secara dalam talian kepada 401 orang responden. Analisis dokumen turut digunakan sebagai data sokongan data yang diperolehi. Kajian ini menghasilkan profil latar belakang penerima zakat dan pola penggunaan wang bantuan zakat. Kajian turut mendapati tiga pola utama pengunaan wang zakat iaitu belanja makan minum, keperluan harian dan membantu keluarga. Hasil kajian ini diharapkan dapat dikemukakan sebagai panduan bagi memantapkan pengurusan dan pentadbiran zakat yang melibatkan proses kutipan zakat, agihan zakat dan program pembangunan kendiri asnaf.

Last modified: 2021-02-04 18:58:23