Memperkasa Inovasi Pengurusan Bantuan Makanan dengan Menggunakan Aplikasi Zakat on Touch (ZOT) dalam Kalangan Penolong Amil Kedah: Isu dan Cabaran
Journal: AZKA International Journal Of Zakat & Social Finance (Vol.4, No. 1)Publication Date: 2023-03-28
Authors : Mohd Zuwairi Mat Saad; Marzura Ibrahim; Zakaria Othman;
Page : 155-174
Keywords : inovasi; zakat; aplikasi; bantuan makanan; Teknologi;
Abstract
Sistem pengurusan zakat di Malaysia telah mengalami evolusi besar dalam teknologi. Pada era awal teknologi diperkenalkan dalam pengurusan zakat, kebanyakan organisasi menggunakan laman sesawang sebagai salah satu platform dalam penyampaian maklumat. Melalui penggunaan ICT sebagai satu alat komunikasi dan informasi yang semakin meluas, ia telah memainkan peranan yang penting dalam menyebarkan maklumat dan mempromosikan perkhidmatan zakat ini melalui laman sesawang. Kini, landskap pengurusan zakat berkembang dan berkonsepkan mudah alih dengan wujudnya aplikasi yang diperkenalkan sebagai salah satu medium baharu bagi mengoptimumkan penyampaian dakwah zakat serta bantuan makanan kepada asnaf. Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK) turut membangunkan aplikasi yang diberi nama Zakat On Touch (ZOT) bagi memudahkan pihak pengurusan terutamanya penolong amil dalam mengemas kini data secara digital dalam menguruskan bantuan makanan. Majoriti amil berumur melebihi 56 sehingga lebih 60 tahun. Terdapat kekangan penerimaan terhadap teknologi dalam golongan kerana mereka mempunyai sikap yang rendah terhadap teknologi. Oleh itu kajian ini akan mengkaji isu dan cabaran aplikasi ZOT dalam kalangan penolong amil dalam menguruskan bantuan makanan. Temu bual mendalam telah dilakukan terhadap lima penolong amil yang berada di daerah Baling. Hasil kajian mendapati terdapat kekangan dalam menggunakan aplikasi ZOT seperti faktor umur, kurangnya latihan, tiada penguatkuasaan dalam penggunaan dan kemudahan fasiliti terhadap rangkaian dan peralatan.
Other Latest Articles
- Kepercayaan Penjawat Awam Terhadap Pengurusan Wakaf Tunai Melalui Ejen Pentadbir Wakaf
- Factors Affecting Job Satisfaction and Intention To Leave Work in Zakat Institutions
- The Impact of Islamic Models of Zakat and Waqf in Reducing Poverty Among Vulnerables During The Pandemic Era in Bauchi State, Nigeria
- Pulangan Sosial Atas Pelaburan: Kajian Impak Skim Agihan Zakat Bantuan Jayadiri Asnaf di Negeri Kedah
- Konsep Kompetensi Keperibadian Amil Zakat
Last modified: 2023-04-01 12:44:02