ResearchBib Share Your Research, Maximize Your Social Impacts
Sign for Notice Everyday Sign up >> Login

Pembayaran Zakat Perniagaan Menggunakan Barang Jualan: Analisis Keperluan, Potensi dan Cabaran

Journal: AZKA International Journal Of Zakat & Social Finance (Vol.4, No. 3)

Publication Date:

Authors : ; ; ; ; ;

Page : 121-145

Keywords : Zakat; Arud Tijarah; Qimah; Ta`abudi; Tarjih;

Source : Downloadexternal Find it from : Google Scholarexternal

Abstract

Memandangkan terdapat keperluan membayar zakat perniagaan menggunakan selain daripada wang terutamanya dalam kes syarikat yang mengalami kekurangan tunai dan lebihan barang dagangan yang tidak terjual, maka kajian telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat perbahasan ulama tentang hukum syariah pembayaran zakat berkaitan zakat perniagaan menggunakan barangan dan potensinya untuk diaplikasikan dalam pembayaran zakat perniagaan semasa, di samping cabaran dan kekangan dalam pelaksanaannya. Kajian ini menggunakan kajian perpustakaan yang komprehensif, menganalisis hujah dan perbincangan ulama berkaitan subjek, dan memilih pendapat yang kuat. Dapatan kajian menunjukkan ulama berbeza pandangan tentang kaedah pembayaran zakat perniagaan sama ada menggunakan wang tunai atau barangan perniagaan atau boleh kedua-duanya. Kajian juga mendapati terdapat beberapa isu dan cabaran dalam pelaksanaan pembayaran zakat menggunakan barangan perniagaan antaranya fatwa zakat perniagaan sedia ada yang menetapkan hanya tunai sahaja diterima sebagai pembayaran zakat, kaedah pengiraan zakat barang tersebut sama ada berdasarkan nilai buku atau nilai pasaran, isu penentuan jenis barang yang boleh diterima sebagai bayaran zakat dan isu-isu lain.

Last modified: 2024-02-14 01:06:34