Perbezaan Makna Kata belanja, bilang dan jimat pada Bahasa Melayu Malaysia dan Bahasa Melayu Indonesia
Journal: Fikiran Masyarakat (Vol.2, No. 1)Publication Date: 2014-01-01
Authors : Roer Eka Pawinanto; Rusdi Abdullah;
Page : 41-45
Keywords : ;
Abstract
Tulisan ini akan mengkaji ketiga-tiga kata kunci dari segi takrifan, contoh penggunaan dalam ayat, serta perbezaan makna kata yang lazim dalam penggunaan rasmi kedua-dua bahasa Melayu Malaysia dan Melayu Indonesia. Seterusnya akan dikaji mengenai punca wujudnya perbezaan, akibat serta cadangan untuk meyelesaikan kesalahfahaman yang terjadi. Beberapa sasaran daripada penulisan ini ialah masyarakat Indonesia di Malaysia seperti pelajar, pekerja dan pelancong yang berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu. Matlamat daripada penulisan ini antara lain: pertama ialah mengurangkan tingkat kesalahfahaman bagi pelajar-pelajar Indonesia di Malaysia yang bertutur dalam bahasa Melayu dan kedua ialah menjadikan rujukan bagi masyarakat Indonesia yang berada di Malaysia ataupun masyarakat Malaysia yang berada di Indonesia sama ada dalam masa yang singkat ataupun dalam masa yang lama. Tulisan ini meliputi beberapa perkara diantaranya; a. menambah pengetahuan terhadap perkataan, khasnya kata-kata yang sama tulisan, sama baca tetapi berbeza makna. b. mengurangkan kesalahan dalam menafsirkan katayang diucapkan oleh kedua-dua penutur daripada Indonesia dan Malaysia. c. menimbulkan keinginan untuk membiasakan diri dalam menggunakan kata-kata yang lazim terutamanya bagi para pelajar Indonesia yang sedang belajar di Malaysia.
Other Latest Articles
Last modified: 2015-10-19 04:54:06