ResearchBib Share Your Research, Maximize Your Social Impacts
Sign for Notice Everyday Sign up >> Login

Konsep Hospital Mesra Ibadah: Tadbir Urus Berasaskan Maqasid Al-Syariah Dan Peranan Zakat

Journal: AZKA International Journal Of Zakat & Social Finance (Vol.1, No. 2)

Publication Date:

Authors : ; ; ; ;

Page : 71-90

Keywords : Konsep Hospital Mesra Ibadah (HMI); Maqasid al-Syariah; Hospital Pakar al-Islam; elemen HMI; urus tadbir hospital; peranan institusi zakat.;

Source : Downloadexternal Find it from : Google Scholarexternal

Abstract

Kertas kerja ini akan membincangkan konsep Hospital Mesra Ibadah (HMI) yang telah dilaksanakan dalam perkhidmatan kesihatan Malaysia secara rasmi sejak 2014. Konsep HMI ini diperkenalkan untuk memberi satu dimensi baharu kepada sektor perkhidmatan kesihatan dalam menjadikan sistem yang terdapat di dalam perkhidmatan kesihatan patuh kepada syariah Islam. Namun begitu, Hospital Pakar al-Islam yang telah memperkenalkan konsep HMI sejak 2006 mempunyai sedikit kelainan yang mana Maqasid al-Syariah dijadikan sebagai panduan utama dalam tadbir urus hospital. Maqasid al-Syariah dilihat dapat merealisasikan urus tadbir yang cekap dan berjaya di pelbagai peringkat jabatan dan unit yang terdapat di hospital. Justeru, kajian ini akan merungkai beberapa elemen penting dalam konsep HMI yang berpandukan kepada Maqasid al-Syariah dalam urus tadbir di hospital. Salah satu komponen penting dalam HMI berdasarkan Maqasid al-Syariah ialah sumbangan zakat. Peranan institusi zakat amat penting dalam memperkasakan lagi konsep HMI dalam pengurusan hospital. Metodologi penyelidikan dilakukan menggunakan kaedah kualitatif di mana rujukan didokumentasi menggunakan data maklumat dari buku, kertas penyelidikan dan dokumen lain yang berkaitan. Hasil kajian mendapati peranan zakat mampu memperkasakan konsep HMI manakala tadbir urus melalui penerapan Maqasid al-Syariah terbukti berjaya dalam pelaksanaan konsep HMI.

Last modified: 2021-02-04 18:07:31