Relevansi Pelaksanaan Wakaf Pendidikan dan Keberkesanan Pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
Journal: AZKA International Journal Of Zakat & Social Finance (Vol.4, No. 1)Publication Date: 2023-03-28
Authors : Rais Yasin; Sayuti Ab Ghani; Nur Amni Syafiqah Saufe; Redwan Yasin;
Page : 176-187
Keywords : Wakaf; pendidikan; kewangan; universiti;
Abstract
Keberkesanan pembelajaran merupakan perkara penting dalam sesebuah institusi pendidikan. Beberapa perkara yang perlu diberi penekanan dalam mewujudkan keberkesanan pembelajaran di universiti sama ada ia melibatkan faktor dalaman mahupun luaran. Kajian ini adalah tertumpu bagaimana instrumen wakaf dalam pendidikan mampu membawa keberkesanan pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA) di Malaysia. Kajian kualitatif digunakan dalam membuktikan relevan pelaksanaan wakaf pendidikan di IPTA dengan menggunakan kaedah dokumentasi menerusi kajian perpustakaan bagi membuktikan wakaf pendidikan amat relevan dengan keadaan ekonomi semasa yang memerlukan faktor sokongan kewangan bagi keberkesanan pengajian di universiti. Seterusnya, wakaf pendidikan juga menjadi penyumbang kepada pengurangan perbelanjaan dan peruntukan kewangan kerajaan ke atas institusi pendidikan.
Other Latest Articles
- Memperkasa Inovasi Pengurusan Bantuan Makanan dengan Menggunakan Aplikasi Zakat on Touch (ZOT) dalam Kalangan Penolong Amil Kedah: Isu dan Cabaran
- Kepercayaan Penjawat Awam Terhadap Pengurusan Wakaf Tunai Melalui Ejen Pentadbir Wakaf
- Factors Affecting Job Satisfaction and Intention To Leave Work in Zakat Institutions
- The Impact of Islamic Models of Zakat and Waqf in Reducing Poverty Among Vulnerables During The Pandemic Era in Bauchi State, Nigeria
- Pulangan Sosial Atas Pelaburan: Kajian Impak Skim Agihan Zakat Bantuan Jayadiri Asnaf di Negeri Kedah
Last modified: 2023-04-01 12:45:08