Penggunaan Insulin dan Vaksin Meningitis Kepada Jemaah Haji Menurut Perspektif Islam
Journal: Fikiran Masyarakat (Vol.3, No. 1)Publication Date: 2015-01-01
Authors : Ahmad Nuryani; Nur Pratiwi; Abdul Basir Mohammad;
Page : 13-21
Keywords : ;
Abstract
Perkembangan sains dan teknologi telah memberi impak positif terhadap kehidupan manusia termasuk dalam penghasilan produk makanan dan perobatan. Dewasa ini telah timbul pelbagai isu halal haram sama ada berkaitan dengan bahan yang digunakan, cara pemprosesan dan penyediaan barangan akhir kepada para pengguna. Khususnya berkaitan dengan bahan yang digunakan, isu yang seringkali timbul adalah sumber berasaskan khinzir dan derivatifnya, darah, bangkai, alkohol dan arak. Sejajar dengan itu, dalam menangani isu berkenaan para fuqaha telah mengemukakan pendekatan bervariasi sebagai jalan penyelesaian terhadap persoalan yang timbul sama ada berasaskan sumber primer dan sekunder hukum Islam. Sumber hukum ini dimobilasikan melalui ijtihad sama ada berbentuk jama’i ataupun fardi. Dalam menjana aktiviti ijtihad, beberapa nilai baru boleh diambil kira bagi memantapkan hukum yang akan diputuskan. Antaranya nilai budaya dan nilai saintifik. Justeru, kertas kerja ini akan menjelaskan tentang proses istihalah dalam perspektif ulama islam dahulu dan ulama islam masa kini hubungan timbal baliknya dengan hukum Islam. Beberapa isu tentang penggunaan obat-obatan berunsurkan benda haram bagi Jemaah haji akan dibincangkan bagi merealisasikan pengambilkiraan nilai saintifik dalam penetapan hukum Islam.
Other Latest Articles
Last modified: 2015-10-19 05:00:55